Hanya Allah mengetahui apa yang saya lalui – Najib Razak

|

views

Api, mereka cuba padamkannya.
Walau apa cara sekali pun.

Suara, mereka cuba senyapkannya.
Walau apa cara sekali pun.

Nama, mereka cuba pijak hingga lunyai.
Walau apa cara sekali pun.

Semangat, mereka cuba patahkannya.
Walau apa cara sekali pun.

Sejarah, mereka cuba kabur busuk-busukkannya.
Walau apa cara sekali pun.

Akhirnya, yang tinggal hanya mereka dan mereka.

Fakta, tidak dapat mereka balas.

Urus tadbir, tidak dapat mereka tandingi.

Rakyat, tidak dapat mereka sayangi.

Apa pun caranya.

Mereka mahukan Najib Razak lenyap.

Mereka mahukan Najib Razak diam.

Mereka mahukan Najib Razak pergi.

Di mata, di hati, di ingatan.

Ya.

Salah Najib kerana bersuara.

Salah Najib kerana berjuang.

Salah Najib kerana tak duduk diam-diam.

Salah Najib, salah.

Akhirnya, yang tinggal hanya mereka dan mereka.

Itu pengakhiran yang mereka sekian lama rancang, yang mereka mahukan, yang mereka inginkan, yang mereka raikan.

Saya orang Islam.

Islam mengajar kita.

Ketika kita dizalimi, jangan doakan musibah buat penganiaya, pemfitnah.

Kita hanya kekal dengan diri kita, ajaran kita.

Bersabar dan tabah.

Berdoa mohon yang terbaik untuk kita dan mereka yang kita sayangi.

Ya Allah, Ya Tuhanku.

Aku memohon kepada Mu Ya Allah….

Permudahkanlah segala urusanku…

Aku sedar, aku hanya hamba Mu…

Hamba Mu ini berserah kepada Mu Ya Allah

Lindungilah hambaMu yang lemah, yang kerdil ini….

Ya Allah, selamatkanlah negara ini.

Berkatilah rakyat agar sentiasa sihat sejahtera, kebajikan terus terbela, dan masa depan yang terjamin.

Amin Ya Rabbil Alamin….

Hanya Allah Mengetahui.

Apa yang saya lalui.

Berkaitan ⇢