Kesan perubahan iklim Malaysia tapi menteri tiga suku kata Malaysia tidak terkesan

|

views

Wow.. Menteri mengatakan bahawa Malaysia tidak terdedah dan Malaysia tidak diundang oleh Joe Biden pada Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim di Amerika Syarikat kerana negara kita tidak dikategorikan sebagai negara yang terdedah kepada perubahan iklim.

Hebatnya, Malaysia tidak terdedah kepada perubahan iklim.

Malaysia berada di planet lain yang tidak disebut bumi, bukan?

BACA sini:
…….

BACA Tulisan Najib Razak berkaitan perubahan Iklim di Malaysia di sini:
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157812853605952/

Seperti mana-mana negara dalam dunia, Malaysia juga negara yang sangat terkesan dengan impak perubahan iklim.

Suhu negara akan semakin panas, banjir semakin teruk dan hakisan kawasan-kawasan pinggir laut semakin laju.

Namun langkah kerajaan dan prestasi negara kita untuk melawan perubahan iklim sudah jatuh sejak beberapa tahun lalu.

Ini tercatat dalam Indeks Prestasi Perubahan Iklim yang dikeluarkan setiap tahun oleh NGO Germanwatch yang sering dipetik seluruh dunia.

Pada tahun 2008 sebelum saya jadi PM, prestasi Malaysia untuk melawan perubahan iklim dikategorikan sebagai amat buruk (very poor) dan kita terletak di tempat ke 49 antara 61 negara utama yang dipantau indeks itu.

Namun dengan langkah-langkah pro-aktif Pelan Transformasi Negara (NTP dan ETP) seperti banyak melabur dalam industri tenaga boleh, industri kitar semula, penggunaan minyak bio-diesel dan pelaburan pengangkutan awam secara besar-besaran, prestasi kita naik sedikit ke tangga 44 daripada 61 negara pada tahun 2017 tapi masih dikategorikan sebagai negara prestasi buruk iaitu sedikit bertambah baik berbanding kategori sangat buruk.

Namun, kita jatuh kembali ke kategori sangat buruk pada tahun 2019 apabila ranking kita jatuh ke tangga 51 daripada 60 negara.

Dan kita semakin jatuh pada tahun 2020 ke 53 daripada 61 negara dan 56 daripada 61 negara bagi indeks tahun 2021.

Agenda pembangunan Malaysia perlu mengambil kira langkah-langkah untuk melawan perubahan iklim.

Sebab apa langkah yang kerajaan Malaysia ambil hari ini akan membawa impak yang amat besar kepada generasi-generasi mendatang.

Generasi kita harus bertanggung jawab pada mereka.

BACA sini:
https://ccpi.org/download/the-climate-change-performance-index-2021/

Berkaitan ⇢