Kadar pengangguran belia meningkat, graduan dibayar dibawah gaji minima

|

views

Disebalik kontroversi graduan perlu bersyukur walaupun gaji rendah di bawah gaji minima. kadar pengangguran belia naik sekali lagi pada bulan Februari 2021 mengikut laporan terbaru Jabatan Perangkaan Malaysia.

Februari 2021 (terbaru): Kadar pengangguran belia naik lagi 0.4% (52.4 ribu orang) kepada 13.9% (347.6 ribu orang).

Januari 2021: Naik 0.3% ke 13.5%

Disember 2020: Naik 0.2% ke 13.2%

Naik 0.2% bulan Disember, naik 0.3% bulan Januari dan naik 0.4% bulan Februari.

Trend kadar pengangguran belia yang semakin naik dan juga kadar kenaikan yang semakin besar ini amat membimbangkan.

Kita perlu tahu bahawa hampir 400,000 graduan baru masuk ke pasaran buruh tiap-tiap tahun.

Adakah kerajaan masih akan suruh mereka bersyukur apabila mereka tak dapat cari kerja atau hanya dapat pekerjaan dengan gaji di bawah gaji minima RM1,200?

Ke mana perginya penguatkuasaan gaji minima yang ditetapkan kerajaan?

Rujukan:
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/siswazah-dapat-kerja-dengan-gaji-rendah-ketika-ini-perlu-bersyukur-mustapa-291655

Berkaitan ⇢