[Video] Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur dalam majlis rasmi

|

views

Peribahasa dulu: Orang mengantuk disorongkan bantal.

Peribahasa sekarang:
Orang mengantuk disorongkan kerusi empuk.

Video tersebut turut dikongsi Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil di Facebooknya pagi tadi.

Menerusi video berdurasi lebih satu minit itu Eddin Syazlee kelihatan tertidur dalam satu majlis graduasi yang beliau sebagai jemputan rasmi turut menyarung jubah konvokesyen.

Jelas kelihatan tiga individu terpaksa bangun dan mengejutkan Eddin Syazlee.

“Alhamdulillah last-last bangun juga dia (Eddin Syazlee). Tiga orang kena kejut baru bangun.. Jenuh orang tunggu Timbalan Menteri Kerja Raya ini bangun di suatu majlis anugerah graduasi semalam,” tulis Isham.

Di ruangan komen mendapati segelintir netizen memberitahu mungkin Timbalan Menteri Kerja Raya itu sakit dan sedang dalam pengambilan ubat tertentu yang menyebabkan beliau keletihan.

“Ya Allah..kesiannya…tak mengapa bukan sengaja..biasala kalau sudah berusia kadang-kadang terlalu letih tidak cukup rehat atau pengambilan ubat tertentu..janganlah kita cakap apa-apa atau ketawakan. Fikir yang baik-baik sahaja,” tulis Che Puan.

Terdapat juga komen yang meminta kerajaan supaya memberi peluang pentadbiran negara kepada golongan lebih muda.

“Sebab itu kita nak letakkan negara ni dalam tangan org muda. Ini asyik bagi alasan makan ubat darah tinggi la, jantung la, balik main cucu la wei. Itu petanda tu Tuhan beri,” komen Shasha.

Pada 11 November 2019, Eddin Syazlee yang ketika itu Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), dilaporkan pitam ketika persidangan Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan selama 10 minit kerana Eddin Syazlee dikatakan pitam ketika sedang duduk di tempatnya.

Berkaitan ⇢