2 dalang kartel daging sejuk beku diburu

|

views

Dua dalang komplot pengedaran daging sejuk beku import dari Brazil sedang diburu polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, kedua suspek utama itu dikenal pasti sebagai Tan Siew Huak, 42, berasal dari Ulu Tiram, dekat sini dan Wong Ah Kheong, 44, berasal dari Kuantan, Pahang.

Menurutnya, pihaknya sudah menahan 36 suspek daripada 19 syarikat pengedar daging sejuk beku import membabitkan 15 individu di Johor, Pulau Pinang (7), Kuala Lumpur (7), Selangor (5), Perak (1) dan Kedah (1) menerusi Op Kartel Daging yang dijalankan.

“Syarikat ini sudah agak lama beroperasi tetapi tidak dapat disahkan berapa lama. Berdasarkan dokumen yang dirampas ia membabitkan aktiviti sejak 2018 hingga tahun lalu.

“Masih ada lagi yang kami (polis) cuba kesan. Apa yang kita (polis) siasat adalah secara keseluruhan bagi kesalahan pakatan jahat jenayah yang mana daging-daging tidak sah ini diedarkan ke seluruh negara,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Huzir berkata, sehingga kini pihaknya belum mengesan pembabitan orang kenamaan (VIP) dalam kegiatan itu.

Berkaitan ⇢