Polis rakam percakapan suami bekas Gabenor Bank Negara

|

views

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mengesahkan sudah merakam percakapan terhadap suami bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata Datuk Dr Tawfiq Ayman dan anaknya hadir ke pejabat JSJK hari ini.

“Beliau hadir memberi kenyataan kepada pihak polis hari ini dan rakaman percakapan diambil di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini.

“Ini adalah bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dam Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainuddin berkata, memandangkan siasatan polis dalam kes ini masih berterusan, pihaknya menasihatkan masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi menerusi mana-mana platform sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Tindakan seterusnya adalah merujuk siasatan yang dibuat kepada Jabatan Peguam Negara, untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Berkaitan ⇢