3 termasuk kanak-kanak maut dalam nahas

|

views

Seorang kanak-kanak lelaki antara tiga maut dalam dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Jalan Kampung Padang Lanjut, Padang Terap, Kedah, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.40 petang tadi, dua mangsa tersepit dalam kereta Proton Wira, manakala salah seorang daripada dua mangsa yang membonceng dan menunggang motosikal Yamaha Y15 dilaporkan meninggal dunia.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 4.45 petang.

“Mangsa membabitkan tiga lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki namun umur mereka tidak dapat dipastikan.

“Bagaimanapun seorang daripadanya dipercayai cedera parah dan identitinya juga belum dikenal pasti,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang yang disertai tujuh anggota tiba di lokasi pada jam 4.53 petang.

Difahamkan, mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Berkaitan ⇢