Najib jawab propaganda JKOM “Najib semua tahu dalam FB, duit masuk akaun tak tahu”

|

views

Walaupun bulan puasa, ramai Jkom masih guna slogan diulang ribuan kali:

“Najib semua tahu dalam FB, duit masuk akaun tak tahu”.

Baik saya jelaskan sekali lagi walaupun peguam saya telah jelaskan dalam PC minggu lepas.

Dalam kes SRC, saya didakwa dengan 7 pertuduhan:
– 1 pertuduhan salah guna kuasa.
– 3 pertuduhan pecah amanah
– 3 pertuduhan penggubahan wang haram (AMLA)

Pertuduhan salah guna kuasa itu adalah didakwa berlaku antara 7 Ogos 2011 dan 8 Februari di mana saya didakwa telah menyalahgunakan kuasa untuk mengambil bahagian atau terlibat di dalam keputusan kerajaan untuk memberikan jaminan kerajaan kepada SRC bagi meminjam RM 4 billion dari KWAP.

Bukan saya yang cadang dan bentangkan jaminan itu. Itu Menteri Ekonomi masa itu dan bukan saya seorang yang luluskan sebab itu kelulusan kolektif kabinet.

Bukan juga saya yang arahkan atau luluskan KWAP pinjam RM4 bilion kepada SRC. Itu kerja lembaga pelaburan KWAP.

Luluskan (itu kabinet)

Saya tidak dituduh mengarahkan KWAP untuk meluluskan pinjaman RM 4 billion tersebut. (itu adalah tugas lembaga pengarah dan lembaga pelaburan KWAP) dan saya tidak didakwa meluluskan jaminan kerajaan tersebut. Ia diluluskan secara kolektif oleh semua menteri kabinet ketika mesyuarat kabinet.

Mengambil bahagian atau terlibat dalam jaminan kerajaan inilah yang menjadi kesalahan predikat (pertuduhan asas) yang membentuk asas bagi baki 6 pertuduhan yang lain – iaitu 6 caj melibatkan penerimaan RM27 juta antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014, penerimaan RM5 juta juga antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 dan penerimaan RM10 juta antara 10 Februari 2015 hingga 5 Mac 2015.

Ya, saya didakwa terlibat dalam jaminan kerajaan pada tahun 2011 supaya saya kena tunggu 4 tahun kemudan untuk “curi” RM42 juta (1% dari RM4b itu) yang dibayar melalui 3 kali ansuran antara tahun 2014 hingga 2015.

Masalahnya ialah wang telah masuk akaun atas nama saya.

Akaun ini dibuka khususnya untuk menerima sumbangan dan untuk kerja CSR dan politik dan dikendalikan oleh Arwah setiausaha saya. Arwah pula tugaskan tugas menjaga akaun bank saya kepada Nik Faisal (yang masih diburu).

Ianya bukan akaun peribadi saya untuk kegunaan harian saya.

Wang RM42 juta itu adalah dari SRC yang bayar kepada syarikat Gandingan Mentari (anak syarikat SRC yang ditugaskan untuk kerja CSR) yang kemudiannya bayar kepada syarikat Ihsan Perdana (yang merupakan syarikat yang ditugaskan oleh Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) untuk kerja CSR).

Ihsan Perdana ini pula masukkan RM42 juta ini dalam akaun saya tanpa pengetahuan saya setelah diarahkan oleh Ung Su Ling, boss YR1M dan Dennis See (yang sedang diburu).

Boss Ihsan Perdana masa itu ialah Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman.

Dr Shamsul juga adalah saksi pendakwaan dalam kes SRC dan memberitahu mahkamah bahawa beliau ditangkap dan direman SPRM pada tahun 2015.
Selepas dia dibebaskan reman, dia cari saya pada hari ke-3 Aidil Firtri.

Ini laporan beritanya.
“Saya sudah minta maaf kepada Najib, kata saksi”
https://nthqibord.com/2019/05/29/saya-sudah-minta-maaf-kepada-najib-kata-saksi/

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berasa marah dan terkejut apabila beliau mengetahui seseorang memindahkan RM42 juta ke dalam akaun peribadinya di AmBank.

Hal itu didedahkan oleh Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman ketika memberi keterangan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Shamsul memberitahu mahkamah, beliau menemui Najib di kediaman bekas perdana menteri itu pada hari ketiga Aidilfitri, selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung satu siasatan kes.

“Beliau terkejut dan marah seseorang memasukkan wang ke akaunnya dan tidak tahu siapa orangnya. Beliau sedih.
“Dari tingkah lakunya, saya percaya reaksi Najib adalah tulus.

“Bagaimanapun, kami tidak bincang lanjut tentang perkara itu,” kata saksi ke-37 itu.

Shamsul berkata, beliau sudah meminta maaf kepada Najib kerana Ihsan Perdana ialah syarikat terakhir yang memindahkan wang ke dalam akaun Ahli Parlimen Pekan itu di AmBank cawangan Jalan Raja Chulan.

“Saya tidak percaya Najib pernah melakukan perkara tidak wajar ketika memegang jawatan dalam kerajaan.

“Beliau serius dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan sentiasa menggalakkan saya dalam kerja sedemikian.

“Beliau tidak kira anda dari parti atau bangsa mana, beliau tetap akan tolong (melalui CSR),” katanya.

“Saya mengesahkan sekiranya saya tahu AmPrivate Banking -1MYdan AmPrivate Banking – MY dengan nombor akaun berakhir 880 dan 906 itu adalah milik Najib, saya tidak akan membuat pembayaran keseluruhan RM42 juta itu.”

“Tidak arah pindah wang jika tahu akaun Najib”
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/564301/tidak-arah-pindah-wang-jika-tahu-akaun-najib

Cik Ung dari YR1M juga memberi tahu mahakamah bahawa dia tak tahu bahawa itu adalah akaun milik dan meminta maaf kepada saya pada tahun 2015 serta tawar untuk letak jawatan..

Kata Su Ling yang kini ‘menganggur’, Najib kelihatan terganggu dan ‘bengang’ (annoyed) apabila mengetahui dana sebanyak RM42 juta telah dimasukkan ke dalam akuan peribadinya.

“Beliau (Najib) memberitahu saya, transaksi sebanyak RM42 juta itu sebenarnya telah merosakkan reputasi serta kerjayanya dengan teruk sekali malah beliau turut memberitahu tidak tahu dari mana wang tersebut dimasukkan.

“Kata beliau, dirinya tidak tahu duit itu telah dipindahkan ke akaun beliau. Namun saya tidak ingat pula seandainya beliau ada menyebut dana itu telah dipindahkan dari Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB). Saya tidak ingat,” katanya.

Su Ling berkata demikian ketika di soal balas oleh peguam bela, Harvinderjit Singh.

Ketika ditanya bagaimana reaksi Najib ketika itu, Su Ling berkata, Najib nampak bengang.

Susulan daripada itu, Su Ling mengakui menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif YR1M selain memohon maaf ketika bertemu Najib beberapa bulan selepas laporan mengenai wang dipindahkan ke dalam akaunnya disiarkan media pada tahun 2015.

“Najib bengang selepas tahu RM42 juta masuk akaunnya – Su Ling”
https://malaysiagazette.com/2019/07/17/najib-bengang-selepas-tahu-rm42-juta-masuk-akaunnya-su-ling/

Jika saya yang kendalikan akaun itu dan saya tahu baki sebenar serta transaksi-transaksi akaun itu secara detail, saya tak tulis sebanyak 30 cek yang akan ditendang sebab tak cukup balance.

Namun, bank tak tendang cek-cek saya sehingga pegawai bank sendiri pernah masukkan duit RM55,000 sendiri untuk elak cek saya ditendang.

“Pegawai bank guna duit sendiri elak cek Najib kena tendang”
https://www.malaysiakini.com/news/486121

Sebab itu, Ambank perlu bayar denda RM2.83 bilion kepada kerajaan.

(Saya yang didakwa curi RM42 juta tapi bank yang bayar denda RM2.83 bilion ke?)

Jadi, jika pemilik akaun dan juga bossnya yang masukkan duit RM42 juta itu tidak tahu sumber duit sebenarnya dari SRC dan tidak tahu akaun yang dimasukkan itu adalah akaun atas nama saya, bagaimana pula saya akan tahu?

Sehingga kedua-dua orang tersebut memohon maaf pada saya.

Akhirnya, saya tidak didakwa “curi” wang tersebut tetapi hakim kata ianya bukan hak saya untuk sedekahkan RM42 juta tersebut.

“Duit RM42 juta bukan hak Najib untuk sedekah, kata hakim”
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/271571

Sebab itu, saya dihukum penjara 12 tahun dan kena bayar denda RM210 juta oleh hakim tanpa pengalaman kes jenayah yang tiba-tiba dipindah kerajaan PH untuk menggantikan hakim kes SRC selepas perbicaraan bermula.

Sebab saya sedekahkan RM42 juta.

Berkaitan ⇢