[Video] Lori terbabas, babi bergelimpangan di lebuh raya

|

views

HULU SELANGOR: Puluhan ekor babi bergelimpangan di bahu jalan, selepas sebuah lori yang membawa ternakan itu terlibat dalam kemalangan di KM413 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke arah selatan berhampiran susur Bukit Beruntung.

Menurut Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa, dalam kejadian 8.40 pagi tadi, lori lapan tan itu terbabas di bahu jalan mengakibatkan muatan babi terlepas di kawasan tepi lebuh raya berkenaan.

“Mangsa berumur 29 tahun telah dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba sampai ke lokasi dan hanya mengalami luka ringan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pasukan bomba memastikan kawasan di sekitar lebuh raya itu selamat sebelum meninggalkan lokasi kejadian dan kes kemalangan itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Berkaitan ⇢