Bantuan kemanusiaan selamat tiba di Gaza

|

views

22 MEI: Konvoi kemanusiaan pertama selamat tiba di Gaza selepas beberapa jam gencatan senjata antara Hamas dan Israel berkuat kuasa semalam.

Trak daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mula membawa ubat-ubatan, makanan dan minyak ke Semenanjung Gaza selepas pihak Israel membuka semula laluan Kerem Shalom.

Lapor BBC, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru agar mewujudkan koridor supaya mangsa yang cedera dapat dipindahkan.

MISI bantuan mula masuk ke Gaza beberapa jam selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Palestin.

Jurucakap WHO, Margaret Harris meminta akses segera bagi bekalan dan kakitangan kesihatan kerana kemudahan kesihatan di wilayah itu berisiko dilimpahi ribuan mangsa yang mengalami kecederaan.

Pegawai Palestin pula berkata, puluhan juta dolar diperlukan bagi membangunkan semula wilayah tersebut yang mengalami kemusnahan teruk.

Menteri permuahan Gaza berkata pada Khamis, sebanyak 16,800 unit rumah rosak termasuk 1,800 unit tidak boleh diduduki dan 1,000 musnah sama sekali.

Pihak berkuasa berkata, proses pembaikan dan pemulihan semula akan mengambil masa selama bertahun-tahun.

Perang antara kedua-dua belah pihak telah berlansung selama 11 hari bermula 10 Mei lalu dan telah menngorbankan 232 nyawa rakyat Palestin termasuk 65 kanak-kanak.

Berkaitan ⇢