COVID-19 : Thailand buka hospital lapangan dalam kuil di Bangkok

|

views

21 MEI : Susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Thailand, kerajaan negara itu telah membuka hospital lapangan bagi menampung pesakit yang terkena jangkitan virus tersebut di beberapa tempat termasuk di Bangkok.

Hospital lapangan yang dibuka di Bangkok merupakan hospital lapangan ke enam yang dibuka oleh kerajaan negara tersebut.

Dr Taweesin Visanuyothin, jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), hospital lapangan di Bangkok itu dibuka di sebuah kuil di Bangkok Noi.

Menurutnya, ini merupakan hospital lapangan pertama yang dibuka di dalam kuil.

Kerajaan Thailand turut menggunakan stadium sebagai tempat untuk hospital lapangan bagi merawat pesakit COVID-19 di negara itu.

Bangkok merekodkan 1,001 lagi kes jangkitan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan keseluruhan kes harian baharu sebanyak 2,636 dengan 25 kematian.

Secara keseluruhan seramai 119,585 orang dijangkiti virus itu dengan korban sebanyak 703.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Berkaitan ⇢