Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$110.6 bilion

|

views

21 MEI: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) dilaporkan berjumlah AS$110.6 bilion pada 12 Mei 2021.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata, kedudukan rizab itu adalah memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Menurut BNM, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$101.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.5 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$4.5 bilion).

Aset-aset berkenaan merangkumi emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR bernilai RM458.92 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM11.43 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.80 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM19.85 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), serta aset-aset lain (RM15.84 billion).

Menurut bank pusat, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM175.10 billion), mata wang dalam edaran (RM146.01 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM147.82 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM11.71 bilion), lain-lain deposit (RM9.63 bilion), kertas Bank Negara (RM9.48 bilion), peruntukan SDR (RM7.90 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.22 bilion).

Berkaitan ⇢