COVID-19: sektor farmaseutikal turut terjejas

|

views

Gambar hiasan.

21 MEI: Penularan kes COVID-19 di seluruh dunia memberi kesan ke atas permintaan farmaseutikal dan pembedahan klinikal global.

AmInvestment Bank dalam penyelidikannya menyatakan, senario semasa mempengaruhi peserta farmasi tempatan termasuk Apex Healthcare Bhd.

Ia menambah, keuntungan bersih syarikat itu untuk suku pertama tahun kewangan 2021 berakhir 31 Mac 2021 sebanyak RM11.9 juta adalah di bawah jangkaan.

“Ini disebabkan oleh permintaan farmasi dan penjualan eksport tempatan yang kurang menggalakkan.

“Selain itu, permintaan yang lebih rendah untuk peralatan prostetik dan pembedahan turut mempengaruhi STRAITS, cabang pembuatan kontrak kumpulan,” kata kumpulan perbankan pelaburan itu.

Oleh itu, AmInvestment Bank menurunkan unjuran anggaran pendapatan perolehan untuk syarikat sebanyak 17 peratus bagi tahun kewangan 2021.

“Bergerak ke hadapan, prospek pemulihan pada separuh kedua tahun 2021 lembap, kerana jumlah kes COVID-19 yang tinggi mengurangkan permintaan farmasi dan pembedahan klinikal global.

“Namun begitu, kami masih yakin dengan unjuran kukuh bagi pendapatan untuk tahun kewangan 2022 berdasarkan kepada pemulihan yang lebih stabil dalam jumlah pesakit memandangkan kesan proses vaksinasi mula menunjukkan hasil,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Berkaitan ⇢