Yee Yuan-Valeree rangkul juara beregu wanita di Slovenia

|

views

BEREGU wanita negara, Low Yeen Yuan-Valeree Siow muncul juara pada  Kejohanan Antarabangsa Slovenia selepas mengejutkan pilihan ketiga, Isabella Nielsen-Marie Louise Steffensen dari Denmark.

Yeen Yuan- Valeree Siow menewaskan lawan mereka dengan keputusan 21-11, 21-15 dalam tempoh 33 minit.

Pasangan beregu negara ini tampil dengan aksi penuh bersemangat tanpa gentar dengan rekod ranking Nielsen-Steffensen yang jauh lebih baik di tangga ke-133 dunia berbanding mereka, ke-552 dunia.

Lebih manis, kemenangan ini turut mengiringi Chong Hon Jian-Toh Ee Wei yang menjuarai kategori beregu campuran.

Dengan mencatat dua kemenangan ini, ia sekaligus menyaksikan kemarau kejuaraan selama lapan tahun berakhir selepas kali pertama pemain  negara merangkul gelaran dalam acara perseorangan lelaki yang dilakukan oleh Ramdan Misbun pada tahun 2013.

Berkaitan ⇢