“Kami okay… dah satu kepala, satu hati” – Safawi

|

views

Skuad Harimau Malaya bakal bertemu Kuwait dalam aksi persahabatan malam ini.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PEMAIN sayap prolifik negara, Safawi Rasid mengakui perlawanan persahabatan bertemu Kuwait malam ini (Ahad) adalah penting buat skuad negara.

Skuad negara kini berada di Dubai dalam persiapan terakhir sebelum bermulanya saingan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 awal Jun ini.

Sebelum itu, pasukan kendalian Tan Cheng Hoe ini bakal diuji dalam dua aksi pemanas badan perlawanan persahabatan bertemu Kuwait dan Bahrain pada 28 Mei ini.

“Kami semua dah ‘okay’. Semua satu kepala, satu hati. Di sini kami perlu cepat (keserasian) sebab dah lama tidak bersama.

“Saya rasa ini pasukan terbaik untuk perlawanan ini dan harap dengan kehadiran beberapa pemain baharu dapat memberi sesuatu supaya kita layak ke pusingan seterusnya.

“Perlawanan persahabatan ini sangat penting untuk menilai taktikal dan kombinasi antara pemain-pemain,” jelasnya.

Skuad negara bakal memulakan cabaran sebenar perlawanan bermula 3 Jun.

Dalam pada itu, pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) ini mengakui kehadiran pemain muda Arif Aiman Hanapi dalam skuad negara adalah saingan positif buatnya.

“Arif Aiman pemain yang bagus dan tidak mustahil dia akan memberi sesuatu untuk pasukan.

“Dia pesaing yang baik bagi saya di sebelah kiri atau kanan, sekaligus posisi ini juga akan menjadi rebutan di antara kami termasuk  Sumareh dan Akhyar.

“Dari segi  prestasi, saya tidak ada masalah kerana sebagai sebuah pasukan negara, kami bukan bermain secara individu sebaliknya sokongan daripada rakan-rakan adalah diutamakan. Bukan untuk saya sahaja, tetapi semua pemain dalam skuad ini.

“Manakala barisan sebelas pemain utama pilihan di tangan coach. Sebagai pemain saya akan all out dalam latihan,” tambahnya.

Malaysia yang berada di kedudukan kedua Kumpulan G akan bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun, diikuti aksi berdepan Vietnam (11 Jun) sebelum menamatkan kempen kelayakan menentang Thailand pada 15 Jun.

Berkaitan ⇢