Tewas 1-4 kepada Kuwait, Harimau Malaya perlu bangkit!

|

views

De Paula (kiri) menjaringkan gol tunggal negara.

SKUAD Harimau Malaya tewas 1-4 kepada Kuwait pada aksi perlawanan latihan  di Dubai awal pagi ini.

Selepas hampir 18 bulan tanpa sebarang perlawanan di peringkat antarabangsa, skuad kendalian Tan Cheng Hoe ini dilihat masih mencari rentak atau kombinasi pemain – ‘try and error’.

Realitinya perlawanan latihan ini menjadi langkah drastik buat Cheng Hoe untuk mencari ramuan terbaik menjelang perlawanan sebenar Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bermula awal Jun ini.

Pada aksi perlawanan latihan ini, Cheng Hoe telah menggunakan kesemua pemainnya dan ternyata jelas perbezaan rentak di antara separuh masa pertama dan kedua.

Pada babak pertama, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 apabila Guilherma de Paula berjaya menyamakan kedudukan selepas pemain Kuwait Ahmad Aldhefeery membuka jaringan awal minit ke-21.

Bagaimana kerancakan pada separuh masa kedua berubah apabila tuan rumah menambah tiga gol tanpa balas daripada barisan baharu skuad Malaysia.

Keputusan tewas ini bukanlah baik buat skuad negara, tetapi harapan masih ada untuk skuad negara bangkit menjelang perlawanan persahabatan bertemu Bahrain 28 Mei ini.

Dan paling pasti, kekalahan ini akan menjadi petunjuk baharu untuk dinilai dan diperbaiki oleh barisan jurulatih dan pemain sebelum perlawanan sebenar bermula 3 Jun ini.

Berkaitan ⇢