KUFC tambat bekas penyerang B19 negara

|

views

BEKAS pemain yang berkelana ke Itali dan Thailand, Zafuan Azeman akan beraksi dengan Kelantan United FC pada saingan Liga Premier 2021.

Menyertai kelab Serie B, Venezia FC dan kelab Thai League 1 iaitu, Bangkok United, Zafuan juga merupakan bekas penyerang kebangsaan bawah 19 tahun negara.

Direkrut dari pasukan Liga Super, Penang FC, Zafuan pernah bersama dengan kelab Divisyen 3 Thailand, Anthong FC musim 2020 namun disebabkan masalah kewangan ekoran pandemik Covid-19, dia ditamatkan kontrak.

Menerusi perkongsian melalui laman rasmi Kelantan United FC, pemain berusia 21 tahun ini pernah membuat dua penampilan dengan Kedah pada 2018 setelah keluar dari SSBJ.

Bagaimanapun, ditawarkan tempat dengan Perlis 2019 menyaksikan satu kekecewaan setelah kelab tersebut menghadapi masalah pengurusan dan penyertaan ke Penang FC selepas itu juga tidak berjaya kerana masalah peribadi.

Pernah mencuba nasib dengan kelab Thai League 1 iaitu, Bangkok United, Zafuan hampir mendapat kontrak namun polisi kelab untuk merekrut penyerang muda Thailand membantutkan hasrat Zafuan. Turun ‘trial’ dengan kelab Thai League 2, Chainat Hornbill, dia gagal mendapat kontrak setelah mengalami kecederaan seterusnya pulang ke Malaysia untuk pemulihan.

Pernah terbang ke Itali untuk menyertai kelab Serie B, Venezia FC bagaimanapun tidak mendatangkan kejayaan menyaksikan pemain berusia 21 tahun terpaksa kembali ke tanahair.

Merupakan satu nilai tambah buat Sang Kijang Hijau dengan kehadiran Zafuan Azeman bagi mengharungi 9 baki perlawanan liga dalam misi utama kekal dalam kelompok teratas dan bersaing merebut tempat ke pentas Liga Super musim hadapan.

 

Berkaitan ⇢