Elliot Page buang payu dara, bangga jadi lelaki

|

views

Los Angeles: Pelakon Elliot Page, 34, kini sudah membuang payu daranya selepas memutuskan untuk menjadi transgender dan menukar jantina kepada lelaki.

Bintang siri The Umbrella Academy itu berkongsi gambar terbarunya tanpa baju dengan tubuh yang lebih ‘lelaki’ dan mendapat kata-kata positif daripada ramai pengikutnya.

Ini termasuk daripada rakan selebriti seperti Miley Cyrus, Nina Dobrev, Justin Cromwell, Justin Min dan ramai lagi.

Baru-baru ini, Page juga membuat pengakuan dalam program The Oprah Conversation bersama hos Oprah Winfrey mengenai perubahan drastik dirinya.

Katanya, itu adalah keputusan terbaik pernah dilakukan.

Page mengakui dia kini jauh lebih yakin dan selesa dengan penampilannya.

Katanya, dia sangat gembira dengan dirinya yang baharu setiap kali melihat cermin.

“Saya cuma mahu kongsikan kepada semua betapa perubahan ini sangat besar dalam hidup saya. Bukan saja berubah, sebaliknya keputusan ini adalah penyelamat buat diri saya,” katanya.

Hujung tahun lalu, Page atau nama asalnya Ellen Page mengejutkan dunia apabila mendedahkan dia memilih bergelar transgender selepas menukar jantina menjadi seorang lelaki.

Dia membuat pengumuman itu di Instagram dengan menggantikan namanya daripada Ellen Page kepada Elliot Page.

Menurutnya, dia sangat bangga berkongsi berita itu tak sangka dia mampu sampai ke tahap itu dalam hidupnya.

Agensi

Berkaitan ⇢