Bekas pertahanan Harimau Malaya sertai King Of Malaya ?

|

views

BEK kiri Perak FC dan bekas pertahanan Harimau Malaya, Nazirul Naim Che Hashim menjadi pemain seterusnya yang bakal berhijrah mencari pasukan baharu pada jendela perpindahan kedua yang bakal ditutup penghujung bulan ini.

Menerusi status di laman Twitter peribadinya, Nazirul memaklumkan bukan mudah untuk membuat keputusan namun ia perlu dibuat demi kerjaya dan keluarga.

“Sentiasa ada pro dan kontra. Bila anda membuat keputusan ambil ia sebagai cabaran.

“Terima kasih diatas segala kenangan, Maafkan saya,” ujarnya.

Nazirul yang memulakan kariernya selaku pemain bola sepak bersama Sekolah Sukan Bukit Jalil (2007-2009) juga adalah pemain Harimau Muda B (2010-2011), Harimau Muda A (2011-2013) tidak pernah berhijrah meninggalkan negeri kelahirannya untuk bersama pasukan lain.

Dikhabarkan ketika ini Nazirul yang pernah dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya (2015-2018) dan membuat enam penampilan bakal menyertai Selangor FC.

 

Berkaitan ⇢