Nick Cannon memang ‘power’!

|

views

Los Angeles: Pengacara dan penyanyi Nick Cannon, 40, bakal menimang tiga cahaya mata di mana dua daripadanya adalah pasangan kembar hasil hubungan dengan dua wanita berbeza.

Terbaharu, model Alyssa Scott berkongsi gambar perut dan memaklumkan untuk namakan bayinya sebagai Zen S. Cannon.

Scott dan Cannon pernah bercinta pada sekitar Oktober tahun lalu.

Ketika ditanya peminat samada itu anak Cannon, model berkenaan hanya membalas dengan emoji bermata hati. Dia turut mengiyakan komen peminat yang mendoakan anak yang bakal lahir comel.

Ada juga yang bertanya kenapa Scott dan Cannon tidak melakukan sesi fotografi mengenai kehamilan itu. Model itu bagaimanapun mengatakan ia sebagai simpanan peribadi.

“Biarlah kami simpan yang itu hanya untuk kami sahaja,” katanya.

Terdahulu, hos program The Masked Singer US itu dilaporkan bakal menimang anak kembar bersama DJ Abby Le Rosa, 30. Le Rosa mengesahkan dia mengandung anak Cannon pada bulan lalu.

Ini menjadikan Cannon akan memiliki tujuh anak keseluruhannya selepas semua kelahiran itu. Kini dia ada empat cahaya mata iaitu kembar Moroccan dan Monroe, 10, bersama bekas isteri Mariah Carey, dan Powerful Queen serta Son dengan Brittany Bell.

Agensi

Berkaitan ⇢