PKP 2-0 lebih KETAT dari PKP 3.0, tang mana KETATnya?

|

views

Pada banyak peringkat, PKP 3.0 yang tambah ketat sebenarnya lebih LONGGAR berbanding PKP 2.0.

Sebagai contohnya, pendandan rambut, pasar malam, mencuci kereta, kedai 4D tidak dibenarkan dibuka pada bulan pertama PKP 2.0 tetapi dibenarkan beroperasi sejak hari pertama PKP 3.0 dan juga di PKP 3.0 di perKETATkan.

Walaupun bagus untuk pengendali perniagaan tersebut (dengan syarat pelanggan benar-benar datang kerana kerajaan juga memberitahu rakyat supaya berkurung di rumah), ini sebenarnya bermaksud kita menggunakan PKP 3.0 yang kurang KETAT untuk melawan situasi Covid yang kesnya jauh lebih besar dan kritikal berbanding PKP 2.0.

Macamana untuk menang kalau seperti ini?

Kononnya lebih KETAT kerana ia lebih kritikal tetapi sebenarnya lebih LONGGAR.

Tidak hairanlah Tok Abah Kau membenarkan kita memanggil dia BODOH.

Berkaitan ⇢