[Video] Kereta dihempap pokok berhampiran Muzium Negara

|

views

KUALA LUMPUR: Hujan lebat sejak tengah hari tadi menyebabkan pokok tumbang sehingga menghempap sebuah kenderaan berhampiran Muzium Negara di sini, hari ini.

Kejadian berlaku jam 3.20 petang itu menyebabkan sebuah kereta rosak.

Difahamkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berada di lokasi kejadian bagi proses mengalih serta menyelamat.

Setakat ini tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian terbabit.

Berkaitan ⇢