Polis Terengganu sahkan Khairuddin melalui SJR Perasing pada 16 Mei

|

views

  • Beliau ada diperiksa ketika melalui SJR itu pada 16 Mei lalu dan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang melakukan siasatan berhubung kes ini.
  • Sebelum ini tular satu whatsapp berkenaan dengan DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI ditahan di sekatan jalan raya di Perasing, Terengganu.
  • Ketika di tahan beliau bersama seorang wanita yang merupakan bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar , Mawar Karim.
  • Beliau telah mengeluarkan kenyataan menafikannya dan akan membuat laporan polis.

KUALA TERENGGANU – Polis mengesahkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali diperiksa ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Perasing di Kemaman pada 16 Mei lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, siasatan lanjut kini dijalankan termasuk dakwaan dan maklumat tular melibatkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

“Beliau ada diperiksa ketika melalui SJR itu pada 16 Mei lalu dan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang melakukan siasatan berhubung kes ini,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Dalam pada itu katanya, siasatan penuh akan dilakukan termasuk semua mesej berangkai yang ditularkan sejak Rabu bagi merungkai khabar angin dan dakwaan yang tersebar.

Rabu lalu tular maklumat menerusi aplikasi WhatsApp berhubung penahanan Mohd Khairuddin di SJR Perasing.

Ahli Parlimen terbabit didakwa berada dalam kenderaan bersama seorang wanita yang merupakan bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim.

Kisah mengenai pemimpin Pas yang dikatakan berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda itu hangat diperkatakan sejak semalam.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang penafian dibuat daripada kedua-dua pihak.

Pada 20 September 2020 tular di media sosial empat keping gambar Mawar mengunjungi beberapa lokasi menarik di Terengganu termasuk di jambatan angkat, bot penambang di Kuala Terengganu dan Pantai Rantau Abang di Dungun yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Mawar merupakan anak kepada pengasas tudung terkemuka dan mempunyai seorang anak, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

………….

Tular Whatsapp Khairuddin dan Mawar ditahan di Perasing, Terengganu

Sebelum ini tular satu whatsapp berkenaan dengan DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ditahan di sekatan jalan raya di Perasing, Terengganu semalam.

Lebih mengejutkan, dalam tulisan tersebut menyebut tentang dakwaan ada seorang wanita yang dikenali ramai turut bersama-sama dalam kenderaan tersebut.

Wanita yang pernah menjadi isteri kepada pelakon popular Fizo Omar, Mawar Abd Karim itu didakwa dilihat berada dalam kereta yang sama dalam kereta MP kuala Nerus tersebut.

Dan juga kenyataan media dari Khairuddin menafikan ditahan di SJR Perasing.

1. Saya akan membuat laporan polis esok, 28 Mei 2021 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung beberapa dakwaan mengenai diri saya yang telah tular di media sosial hari ini.

2. Secara ringkasnya saya;

(1) MENAFIKAN ditahan di SJR di Perasing, Kemaman hari ini.

(2) MENAFIKAN ditahan di SJR di Perasing, Kemaman bersama seorang wanita yang didakwa sebagai Mawar Abdul Karim.

(3) MENAFIKAN berkahwin dengan Mawar Abdul Karim.

3. Saya akan keluarkan kenyataan penuh esok sejurus selesai membuat laporan Polis.

Sekian, terima kasih.

YB DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Berkaitan ⇢