Ho Chi Minh laksana kawalan pergerakan bermula esok

|

views

30 MEI: Bandar raya Ho Chi Minh, Hanoi yang menyaksikan kadar kes baharu COVID-19 meningkat mendadak akan melaksanakan kawalan pergerakan bermula selama 15 hari bermula esok.

Peningkatan kes jangkitan mendadak itu dikesan daripada kluster keagamaan dengan 125 kes.

Justeru, kerajaan Vietnam dalam satu kenyataan memaklumkan perhimpunan melebihi 10 orang dilarang, namun perjumpaan kurang dari lima orang dibenarkan.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas digalakkan duduk di rumah bagi mengelak jangkitan, manakala premis pernigaan, restoran dan beberapa sektor perkhidmatan di bandar raya ini mula ditutup hari ini.

Sementara itu, Daerah Go Vap iaitu lokasi kluster keagamaan yang menyebabkan kes jangkitan COVID-19 meningkat akan dikawal ketat pihak berkuasa.

Sebanyak 52 kes baharu harian dilaporkan di Vietnam yang diambil dari jam 6 petang Sabtu hingga 6 petang Ahad (waktu tempatan) menyaksikan keseluruhan kes dilaporkan di negara itu merekodkan 6,908, menurut kementerian kesihatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Berkaitan ⇢