Isu tanah LGMPC dan at-Takiri, Ahmad Nazlan bukan lagi pengerusi dan sedia disiasat

|

views

Bekas Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), Datuk Ahmad Nazlan Idris bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu LGM Properties Corporation (LGMPC), iaitu perbadanan milik LGM yang tular dalam media sosial beberapa hari lalu termasuk desakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Beberapa hari lalu tular di media sosial yang membangkitkan isu penjualan dan pajakan tanah perdana LGM di bawah harga pasaran malahan beliau telah diminta penjelasan.

Ahmad Nazlan yang juga Ahli Parlimen Jerantut berkata, beliau tampil memberikan penjelasan hari ini kerana namanya telah dikaitkan sebagai Pengerusi LGM dalam isu LGMPC berkenaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak lagi menjadi Pengerusi LGM setelah ditamatkan kontrak pada 14 April yang lalu.

“Dalam isu LGMPC, saya tidak terlibat dan saya sahkan Ahli Lembaga Pengarah LGM amat mengambil berat serta cakna dengan kegagalan tadbir urus LGMPC,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Perkhidmatan Parlimen Jerantut di sini hari ini.

Menurut Ahmad Nazlan, satu Jawatankuasa ditubuhkan dan tindakan serta langkah penambahbaikan telah dibuat oleh LGM sebelum ini, namun menteri berkenaan campur tangan dan membiarkan LGMPC berjalan seperti biasa.

“Dalam isu sewaan tanah 70 sen sekaki, LGM hanya bersetuju untuk pajakan lima tahun dan ditambah 10 tahun. Namun menteri berkenaan mahukan lima + 10 + 10 menjadikan 25 tahun.

“Hasil yang diperoleh oleh LGM selepas 25 tahun melebihi RM1 bilion sekiranya diuruskan dengan cara yang lebih baik berbanding dengan hasil sewaan cuma RM42 juta sahaja kepada syarikat milik rakyat Turki berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, berkaitan dengan isu penjualan tanah warisan, tindakan terakhir beliau, iaitu menulis surat kepada Jabatan Warisan Negara kerana tanah itu adalah tanah warisan.

“Harus saya tekankan segala tuduhan terhadap diri saya adalah tidak benar dan saya telah cuba bersama dengan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) yang lain menjalankan tugas dengan penuh integriti.

“Saya mendapat kerjasama sepenuhnya dari ALP LGM dan mereka sangat komited dan bertanggungjawab dalam hal perancangan dan pengurusan,” katanya.

Ahmad Nazlan berkata, ALP turut menubuhkan tiga jawatankuasa khas termasuk audit dalaman bagi membetulkan isu dalaman LGM.

“ALP sangat komited untuk menguruskan dengan baik kira kira 1.5 bilion aset LGM yang juga harta seramai 450,000 orang pekebun kecil seluruh negara.

“Mengenai isu yang berbangkit serta tular di media sosial baru-baru ini dengan mengaitkan nama saya. Dengan ini saya juga bersama ALP rela disiasat oleh pihak SPRM tentang perkara ini,” katanya.

Beliau juga mengulangi pendiriannya menolak jawatan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) setelah mendapat surat lantikan daripada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas ditamatkan jawatan Pengerusi LGM baru-baru ini.

“Saya ucapkan terima kasih dan saya ingin maklumkan bahawa saya menolak jawatan tersebut,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

———–
Sebelum ini dedahkan oleh portal berita negaramerdeka.com:

Siapakah di belakang LGM Properties Corporation Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan segala harta Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang mendapat perhatian baru-baru ini ekoran berita angin yang mengatakan banyak tanahnya telah dijual dengan harga yang rendah dari harga pasaran.

Menurut carian yang dibuat, pengerusinya adalah Ustaz Ismi Mat Taib, AJK Dewan Ulamak Pas Pusat manakala Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) adalah Abdul Arifahmi Ab Rahman, menantu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut menganggotai Lembaga Pengarah LGM Properties adalah Nurul Islam Mohamed Yusoff, tokoh yang dianggap paling banyak mendapat jawatan dalam kerajaan selepas Pas bersama membentuk kerajaan Perikatan Nasional dan ketika Pas menang di Terengganu.

Muhammad Ismi dan Nurul Islam juga adalah ahli Lembaga Pengarah badan induk LGM Properties iaitu Lembaga Getah Malaysia (LGM) dimana pengerusinya adalah Datuk Ahmad Nazlan Idris, ahli Parlimen Jerantut dari Umno. Nazlan dikatakan akan ditamatkan perkhidmatannya sebagai Pengerusi LGM tidak lama lagi.

Nurul Islam, bekas calon Pas di Ampang juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif di Majlis Getah Malaysia atau Malaysia Rubber Council yang menjadi agensi yang memasarkan getah ke seluruh dunia. Sebelum PRU-14, Nurul Islam bertugas di Pos Malaysia.

Muhammad Ismi dan Nurul Islam juga adalah ahli Lembaga Pengarah badan induk LGM Properties iaitu Lembaga Getah Malaysia (LGM) dimana pengerusinya adalah Datuk Ahmad Nazlan Idris, ahli Parlimen Jerantut dari Umno. Nazlan dikatakan akan ditamatkan perkhidmatannya sebagai Pengerusi LGM tidak lama lagi.

Nurul Islam, bekas calon Pas di Ampang juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif di Majlis Getah Malaysia atau Malaysia Rubber Council yang menjadi agensi yang memasarkan getah ke seluruh dunia. Sebelum PRU-14, Nurul Islam bertugas di Pos Malaysia.

Sebelum ini, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan beberapa surat rasmi bertarikh 18 Disember, 6 Januari dan 11 Mac yang didakwa berkait dengan tanah dimiliki LGM dan turut membabitkan penglibatan Khairuddin.

Dalam pendedahan itu, Khairuddin didakwa meluluskan pajakan tanah di Lot 20013 Jalan Ampang kepada Al-Noor Foundation dengan harga RM0.70 satu kaki berbanding harga pasaran RM2.50 untuk tempoh 15+10 tahun dengan kenaikan kadar pajakan 10 0/0 setiap lima tahun.

Dakwaan kedua membabitkan Lot 20012 di Jalan Ampang seluas 8.89 ekar yang dicadang dijual kepada Eurowhite Sdn Bhd pada harga RM1,032.92 satu kaki sedangkan harga pasaran adalah sekitar RM1,400 satu kaki.

Menurut seorang aktivis di Facebook, Ahmad Kailani Muhammad, beliau telah membuat carian tentang syarikat Eurowhite Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat yang membuat proposal untuk membeli tanah Lembaga Getah Malaysia.

“Setakat ini belum jumpa apa-apa maklumat, website syarikat pun tak ada dan tidak dapat dipastikan apakah main activities syarikat ini.

“Sebaliknya yang jumpa ialah Euromawar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berdasarkan blog pro UMNO banyak tahun lepas adalah sebuah syarikat dari 39 buah syarikat yang diberikan projek Ladang Rakyat seluas 600 hektar di Kelantan,” katanya.

LGM adakah badan yang terletak di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi di mana menterinya adalah Datuk Dr Khairuddin Aman Razali. – negaramerdeka.com

 

Berkaitan ⇢