9 terbunuh dirempuh kereta api di China

|

views

Seramai sembilan orang terbunuh apabila kereta api merempuh pekerja di wilayah Gansu, Hangzhou, China.

Kumpulan China Railway Lanzhao berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.25 pagi waktu tempatan di laluan kereta api Lanxin di bandar Jinchang, wilayah Gansu.

Kesemua mangsa merupakan pekerja pembinaan di landasan tersebut, lapor agensi Berita Xinhua. 

Kereta api itu dalam perjalanan dari Urumqi ke Hangzhou dan pasukan perubatan serta kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian.

Namun, nahas itu menimbulkan persoalan dalam kalangan penduduk tempatan.

“Sekiranya pekerja sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, sepatutnya pemandu kereta api sudah mengetahui tentang perkara itu.

“Bagaimana kemalangan boleh berlaku? Sembilan nyawa hilang!” soal seorang penduduk.

Kemalangan yang berlaku turut mencetuskan kemarahan di media sosial apabila pengguna maya mempersoalkan langkah keselamatan yang diambil ketika itu.

Tanda pagar yang berkaitan dengan kemalangan itu menarik lebih 100 juta klik di pentas media sosial Weibo.

Berkaitan ⇢