Pemilik twitter @ChaimanGLC ditahan polis kerana mempersoalkan peruntukan RM70 juta laman web vaksin

|

views

POLIS telah menahan seorang pengguna Twitter di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) kerana mempersoalkan peruntukan RM70 juta wang kerajaan untuk membangunkan laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (PICK).

Menurut Syahredzan Johan, pengguna, @ChairmanGLC telah dibawa ke balai polis Dang Wangi oleh polis malam tadi.

“Saya dimaklumkan bahawa @ChairmanGLC ditangkap dan akan bermalam di lokap Dang Wangi.”

“Dia ditahan di bawah Ordinan Darurat berkaitan RM70 juta,” tweet Syahredzan.

@ChairmanGLC, atau nama sebenarnya Aizad Fahmy, didakwa telah menyebarkan maklumat yang salah berkaitan dengan peruntukan RM70 juta untuk membangunkan laman web di Twitter enam hari yang lalu.

Berkaitan ⇢