F1 Azerbaijan: Leclerc terus garang sambar petak utama

|

views

 

Foto: F1

PEMANDU Ferrari, Charles Leclerc menyambar petak utama sesi kelayakan Formula Satu (1) Grand Prix Azerbaijan yang berlangsung di Litar Jalan Raya Baku pada Sabtu sekaligus petak utama buat kali kedua berturut-turut beliau musim ini.

Grand Prix Azerbaijan kembali semula dalam kalendar Formula Satu 2021 selepas terpaksa dibatalkan pada tahun lalu ekoran penularan pandemik Covid-19 yang menjejaskan keseluruhan musim F1.

Leclerc mencatatkan masa sepusingan terpantas 1 minit 41.218 saat di litar sepanjang 6.008km di tengah-tengah kota ibu negara Azerbaijan itu untuk memulakan perlumbaan di petak hadapan yang menyaksikan empat insiden bendera merah.

Turut bakal bermula di barisan hadapan adalah pemandu Mercedes, Lewis Hamilton yang hanya ketinggalan 0.232 saat dengan pendahulu keseluruhan Max Verstappen ketiga yang bakal menyaksikan perlumbaan yang cukup menarik.

Nicolas Latifi serta dua pemandu Haas, Mick Schumacher dan Nikita Mazepin bakal memulakan perlumbaan dari petak ke-16 hingga ke-18 manakala pemandu Alfa Romeo, Antonio Giovinazzi dan Aston Martin, Lance Stroll bakal bermula di barisan terakhir apabila terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan sesi kelayakan dihentikan seketika akibat bendera merah.

Sesi kelayakan kedua ditamatkan lebih awal akibat bendera merah ekoran kemalangan yang melibatkan pemandu McLaren, Daniel Ricciardo yang turut menyaksikan Sebastian Vettel, Esteban Ocon, Kimi Raikkonen George Russell tersingkir dan bakal bermula dari petak ke-11 hingga ke-15.

‘Top 10 Shootout’ sesi kelayakan ketiga melihatkan semua pemandu memberikan pemanduan terbaik bagi merebut petak terbaik dan akhirnya Leclerc muncul sebagai pemandu terpantas selepas sekali lagi sesi kelayakan dihentikan awal akibat bendera merah akibat dari kemalangan melibatkan Yuki Tsunoda.

Siapakah yang bakal bergelar ‘The Street Fighter’ untuk Grand Prix Azerbaijan? Sama-sama kita saksikan perlumbaan hebat ini yang bakal bermula jam 8 malam pada Ahad.

Kedudukan Grid Permulaan Grand Prix Azerbaijan

1. Charles Leclerc – Ferrari

2. Lewis Hamilton – Mercedes

3. Max Verstappen – Red Bull

4. Pierre Gasly – Alpha Tauri

5. Carlos Sainz – Ferrari

6. Lando Norris – McLaren

7. Sergio Perez – Red Bull

8. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri9. Fernando Alonso – Alpine

10. Valtteri Bottas – Mercedes

11. Sebastian Vettel – Aston Martin

12. Esteban Ocon – Alpine

13. Daniel Ricciardo – McLaren

14. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo

15. George Russell – Williams

16. Nicolas Latifi – Williams

17. Mick Schumacher – Haas

18. Nikita Mazepin – Haas

19. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo

20. Lance Stroll – Aston Martin

 

Berkaitan ⇢