Sejuta rakyat Palestin ditahan Rejim Zionis sejak 54 tahun lalu

|

views

Dalam tempoh 54 tahun sejak tercetusnya perang Asia Barat pada tahun 1967, kira-kira sejuta rakyat Palestin telah ditahan tentera Rejim Zionis yang turut melibatkan 17,000 wanita dan 50,000 kanak-kanak.

Sebuah NGO, Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan  mendedahkan maklumat itu lebih 54,000 penahanan pentadbiran direkodkan sejak 1967, jelas NGO tersebut dalam satu kenyataan.

Kata kenyataan itu lagi, seramai 226 orang yang ditahan dilaporkan meninggal dunia ketika berada dalam penjara Israel sejak 1967.

Jelasnya, berdasarkan perangkaan yang dikumpulkan berhubung hak banduan, dianggarkan seramai 4,500 rakyat Palestin dipercayai masih berada di dalam penjara Israel, termasuk 41 wanita, 140 individu bawah umur dan 440 tahanan pentadbiran ketika ini.

“Semua individu yang ditahan mengalami penyeksaan berbentuk psikologi atau fizikal, penderaan moral dan layanan kejam,” kata kenyataan tersebut.

Ketika perang Asia Barat pada 1966, Israel menawan Tebing Barat, Timur Baitulmaqdis, Golan Heights Syria dan Semenanjung Sinai, Mesir, yang kemudian kembalikan kepada kerajaan Mesir menerusi perjanjian damai 1979 bersama Israel.

Berkaitan ⇢