Rangka dinosaur serba lengkap ditemui di China

|

views

Ahli paleontologi di China menemukan satu rangka dinosaur luar biasa dari era Jurassic yang serba lengkap.

Fosil ditemui di Lufeng, barat daya China, akhir bulan lalu dalam keadaan 70 peratus masih utuh.

Dipercayai rangka itu dimiliki oleh dinosaur yang berukuran hampir lapan meter panjang.

Fosil itu ditemukan semasa kerja penggalian tanah di kawasan berasal kira-kira 180 juta tahun hingga zaman Jurassic.

Ketua Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Fosil Dinosaur Bandar Lufeng, Wang Tai berkata, rangka dinosaur yang lengkap itu agak jarang dijumpai di seluruh dunia.

Beliau menyifatkan penemuan itu sebagai khazanah negara dan memaklumkan pasukannya berharap dapat menggali tengkorak dinosaur dengan segera.

“Berdasarkan bahagian ekor dan tulang paha fosil, kami percaya dinosaur itu jenis Lufengosaurus gergasi yang hidup pada awal zaman Jurassic,” katanya kepada Daily Mail.

Tambah beliau, pasukannya merancang untuk melakukan penggalian kecemasan untuk mengeluarkan fosil itu dengan segera kerana ditemukan di kawasan berisiko hakisan tanah.

Berkaitan ⇢