Lelaki positif dadah setelah makan roti biji kaskas

|

views

Seorang lelaki di England didapati positif dadah jenis opium setelah menjalani saringan wajib yang dilakukan semasa menghadiri temuduga kerja baru-baru ini.

Bagaimanapun, lelaki tersebut menafikan mengambil sebarang jenis dadah atau ubat sebelum menghadiri temuduga tersebut.

Beliau mendakwa hanya memakan beberapa keping roti yang diletakkan biji kaskas dan ini dilaporkan telah memberi keputusan palsu pada ujian saringan itu.

Biji kaskas itu sendiri tidak mengandungi dadah opium namun ia boleh terserap ke dalam biji berkenaan semasa ia diproses.

Menurut laporan itu lagi, ini bukan kali pertama insiden seperti itu berlaku.

Pada tahun 2018, seorang doktor membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang baru sahaja bersalin selepas sampel darah yang diambil menunjukkan keputusan positif dadah.

Siasatan yang dijalankan mendapati wanita berkenaan telah makan roti yang diletakkan biji kaskas sebelum bersalin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Berkaitan ⇢