Barbora Krejcikova juara Terbuka Perancis 2021

|

views

PEMAIN tenis kurang ternama, Barbora Krejcikova muncul juara Terbuka Perancis 2021. Pemain asal Republik Czech ini mengalahkan ranking 31 dunia, Anastasia Pavlyuchenkova.

Krejcikova menumpas Pavlyuchenkova di final dalam pertarungan tiga set 6-1, 2-6, 6-4 di Philippe-Chatrier, pada Sabtu.

Dalam laluan ke final, Krejcikova menewaskan Krystina Pliskova (pusingan pertama), Ekaterina Alexandrova (pusingan kedua), Elina Svitolina (pusingan ketiga), Sloane Stephens (Puingan 16), Coco Gauff (suku akhir), dan Maria Sakkari (separuh akhir).

Krejcikova berpeluang mencipta satu lagi kejuaraan untuk acara beregu. Dia mara ke final bersama pasangan, Katerina Siniakova, yang akan berhadapan dengan Bethanie Mattek-Sands/Iga Swiatek pada pertandingan esok.

Berkaitan ⇢