Lelaki bunuh keluarga Islam didakwa atas tuduhan pengganas

|

views

Seorang pendakwa raya di Kanada, memaklumkan lelaki yang disyaki membunuh keluarga Afzaal di kota London, Ontario baru-baru ini, akan didakwa atas tuduhan pengganas.

Menurut Agensi Anadolu, Nathaniel Veltman, 20, sudah berdepan empat pertuduhan berhubung kejadian terbabit, termasuk melakukan pembunuhan tahap pertama dan satu pertuduhan cubaan membunuh.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau sebelum ini menyifatkan kejadian itu sebagai ‘serangan pengganas apabila suspek melanggar keluarga berkenaan dengan sebuah trak lima tan pada petang 6 Jun lalu.

Kejadian itu menyebabkan kematian empat sekeluarga, iaitu Salman Afzaal, 46; isterinya, Madiha Salman, 44; anak perempuan mereka, Yumna Salman,15, dan neneknya yang berusia 74 tahun, Talat Afzaal.

Manakala seorang ahli keluarga itu, Fayez Afzaal, 9, menjadi satu-satunya mangsa terselamat dan dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius tetapi stabil.

Veltman pada Khamis lalu hadir kali kedua ke mahkamah selama beberapa minit melalui sidang video.

Kes itu ditangguhkan sehingga suspek mendapatkan peguam, namun pada Isnin menerusi sidang video, tertuduh masih belum mempunyai peguam, lapor CTV News.

Pengarah Bahagian Majlis Muslim Kanada Yusuf Faqari, berkata kepada Global News, berkata amat penting untuk melabelkan jenayah itu sebagai tindakan pengganas bagi dapat menghalang tragedi sama berulang.

Berkaitan ⇢