Wanita dakwa lahirkan bayi kembar 10 ditahan pihak berkuasa

|

views

Gosiame Thamara Sithole, 37,  yang mendapat perhatian media antarabangsa kerana mendakwa melahirkan kembar 10 melalui pembedahan Ceasarean ditahan pihak berkuasa di Johannesburg, Afrika Selatan.

Pihak berkuasa menahan wanita tersebut kerana didakwa memalsukan cerita melahirkan anak kembar 10 yang tersebar luas baru-baru ini dan ditahan di wad psikiatri di sebuah hospital untuk rawatan.

Sithole pada awal Jun mendapat perhatian media tempatan dan antarabangsa selepas dia mendakwa berjaya melahirkan kembar 10 melalui pembedahan Ceasarean di sebuah hospital di Pretoria pada 7 Jun dan sekali gus mencipta rekod dunia.

Bagaimanapun, ramai yang mula tertanya-tanya tentang kesahihan berita berkenaan, apatah lagi tiada gambarnya dan anak-anaknya turut disertakan.

Jabatan Kesihatan Nasional Afrika Selatan dipetik berkata, siasatan mendapati 10 bayi berkenaan tidak pernah wujud.

Satu portal tempatan pula mengesahkan kelahiran 10 bayi kembar itu dan berita berkenaannya terpaksa disorok akibat dakwaan kelalaian perubatan.

 

Berkaitan ⇢