China eksport empat vaksin ke 100 negara

|

views

China, hari ini mengumumkan senarai empat vaksin yang sudah mendapat kelulusan untuk dieksport ke negara luar.

Menerusi satu kenyataan, empat vaksin itu adalah vaksin buatan China National Pharmaceutical Group Beijing (Sinopharm Beijing), Sinovac Biotech (SVA), CanSino Biologics dan China National Pharmaceutical Group Wuhan (Sinopharm Wuhan).

Katanya, dua daripada vaksin terbabit, iaitu Sinopharm Beijing dan SVA disenaraikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai vaksin penggunaan kecemasan.

“Kesemua vaksin itu sudah disuntik secara besar-besaran di negara berkenaan dan mendapat kelulusan untuk digunakan di lebih 100 negara di dunia,” menurut kenyataan itu.

Ketua Jabatan Perdagangan Luar Kementerian Perdagangan China, Li Xingqian, berkata kelulusan itu menunjukkan komitmen China untuk menjadikan vaksin sebagai produk kesihatan awam global, selain memperkukuh kerjasama antarabangsa melawan wabak.

“China menyokong semua syarikat vaksin terbabit untuk meningkatkan bekalan vaksin kepada luar negara agar pelbagai negara, khususnya negara membangun dapat dibantu dalam memperoleh vaksin.

“Kami juga akan terus menghulurkan bantuan kepada pelbagai negara yang berhasrat membeli vaksin buatan China,” katanya.

Jelasnya, China juga akan terus membantu syarikat vaksin China untuk merapatkan kerjasama dengan WHO bagi melaksanakan pelan COVAX dan menjalankan kerjasama penyelidikan serta pengeluaran vaksin dengan negara luar.

Berkaitan ⇢