Brazil raih kemenangan kontroversi

|

views

BRAZIL bangkit dalam perlawanan masa kecederaan babak kedua yang agak panjang diberikan pengadil sekaligus memberikan kemenangan dramatik 2-1 mengatasi Colombia di Estadio Nilton Santos, Rio de Janeiro sebentar tadi.

Pertandingan Kumpulan B Copa America 2021 itu berlanjutan sehingga 12 minit masa tambahan dan menimbulkan perasaan tidak puas hati pemain Colombia yang memerlukan mata bagi berada posisi selesa.

Daripada 15 percubaan ke arah sasaran, dua jaringan Roberto Firmino dan Casemiro berjaya memadamkan gol awal lawan pada minit ke-10.

Skuad Samba layak ke suku akhir sebagai juara kumpulan dengan sembilan mata, diikuti Colombia (4), dan Peru (4).

 

Berkaitan ⇢