Kutip sayur tepi jalan, teguk kopi untuk tahan lapar

|

views

Jangankan kerajaan PN, cendikiawan pun malas nak memikir dan bersuara mengenai nasib rakyat yang tertekan akibat langkah tidak menentu kerajaan PN menangani pandemic. Mereka lebih selesa bercakap mengenai politik dan memikirkan bagaimana nak mengekalkan kuasa dengan apa cara sekali pun termasuk menikam parti dalam kerajaan dan membeli wakil rakyat untuk terus berkuasa.

IPOH: “Dalam dua minggu ini kami hanya makan bubur nasi dan kalau sudah tidak tahan lapar sangat kami bancuh air kopi,” kata R Suganthi, 53.

Ibu tunggal itu berkata, dia bersama seorang anak kini terpaksa menumpang berteduh buat sementara di rumah nenek saudara rakan mereka.

Katanya, mereka dua beranak terputus bekalan makanan dan sangat mengharapkan ihsan orang ramai menghulurkan bantuan.

“Kami akan makan bubur bertumiskan bawang atau cili sekali sehari pada lewat petang dan selepas itu kalau lapar sangat kami hanya teguk air kopi.

“Selain itu, saya akan mengutip mana-mana pucuk-pucuk yang boleh dimakan di tepi jalan untuk dibuat sayur masak lemak dan atau apa-apa saja. Saya langsung tak kisah, janji boleh hidup,” katanya ketika ditemui pemberita.

Suganthi berkata, sejak berhenti bekerja sebagai sekuriti di sebuah kolej swasta ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia kehilangan sumber pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya boleh bertahan lapar tetapi sebagai ibu saya tidak boleh tengok anak tak makan, kerana itu saya cuba juga minta bantuan,” katanya.

Menurutnya, anaknya terbabit dengan kemalangan sehingga hilang ingatan pada tahun 2011 manakala dia juga terbabit dalam kemalangan tiga pada 2014.

“Saya hanya sekadar mampu membeli sedikit ubat-ubatan di farmasi kerana tidak mampu menampung kos sebanyak lebih RM500 sebulan, selepas berhenti kerja saya sudah tidak dapat membeli ubat lagi.

“Sekiranya ada bantuan kami berharap ada rumah sendiri kerana kami juga tidak dapat menumpang selama-lamanya di sini dan kalau boleh dapat peluang saya mahu bekerja,” katanya.

Berkaitan ⇢