Saari Sulong Terkenal Kartunis ‘Aku Hidup Dalam Blues’ Meninggal Dunia

|

views

Kartunis terkenal, Saari Sulong, 48, atau Aie meninggal dunia kira-kira pukul 4.00 pagi tadi.

Menurut Kartunis Ujang atau Ibrahim Anon di Facebooknya, arwah menghembuskan nafas terakhir disebabkan komplikasi buah pinggang.

Aie yang tinggal di Kampung Sungai Manggis dekat sini terkenal dengan lukisan kartun Abe di majalah Ujang.

May be an anime-style image of 2 people and text

Menurut laman sesawang JenamaX, beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada Februari 1973.

Dibesarkan di Segamat dan Kluang, Johor sebelum menamatkan tingkatan 5 dekat Kuantan, Pahang.

Selama 25 tahun Aie melalui sepak terajang dunia kartun dan komik dengan memegang portfolio sebagai Kartunis, Ilustrator, Pelukis Komik, Pereka Grafik, Ketua Studio, Penolong Ketua Kartunis, Ketua Unit Ilustrasi dan Pengarah Seni di beberapa syarikat penerbitan tanah air yang menerbitkan majalah Jenakarama, Majalah Kartun Disney ‘Mickey” (edisi bahasa melayu), Ujang, Starz, Utopia, G3, Jom, Boboi dan Gila-Gila.

-UTUSAN

Berkaitan ⇢