Mohd. Rashid mohon maaf, janji beri kerjasama kepada polis

|

views

TIMBALAN Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon memohom maaf berhubung video tular makan dunia dalam dusun buah-buahan.

Ahli Parlimen Batu Pahat itu menjelaskan, penafian yang dibuat kepada media berhubung perkara itu sebelum ini, dilakukan tanpa melihat video berkenaan terlebih dahulu.

“Saya mohon maaf di atas kekeliruan yang timbul apabila terdapat media yang menghubungi saya bagi bertanyakan mengenai video saya di kebun dan saya menjawab soalan tersebut tanpa menonton sendiri video pada awalnya.

“Setelah selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, barulah saya ada kesempatan untuk analisa video yang terkait pada saya,” katanya.

Mohd Rashid menjelaskan, video berkenaan merupakan lawatannya ke kebun durian kampung yang diusahakan oleh masyarakat setempat yang turut terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelasnya, pada waktu tersebut terdapat lawatan kerja oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraidah Kamaruddin ke Batu Pahat.

Masyarakat Batu Pahat telah menghadiahkan buah durian kepada rombongan menteri untuk dibawa pulang.

“Selepas rombongan menteri pulang, saya dibawa ke kebun oleh salah seorang pengusaha pada sebelah petang bagi mendengar permasalahan yang dihadapi dan berbincang lanjut.

“Setiba saya di kebun, pengusaha kebun durian tersebut menghidangkannya kepada kami. Saya menjamah sedikit durian sambil berbincang dengan pengusaha kebun mengenai langkah-langkah bantuan yang boleh dihulurkan.

“Selepas perbincangan tamat, saya terus meninggalkan program awal kerana perlu pulang ke Kuala Lumpur,” jelas beliau.

Mohd Rashid menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kejadian tersebut dan berjanji untuk memberikan kerjasama.

Media sebelum ini melaporkan, Mohd. Rasihd percaya ‘kenduri durian’ itu bukan video baharu, tetapi terjadi sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

Terdahulu tular video berdurasi 13 saat, yang menunjukkan Mohd Rashid menikmati durian bersama sekumpulan penduduk kampung, dipercayai berlaku di kawasan Parlimen beliau.-SM

Berkaitan ⇢