Punca Hafizh nak jual basikal

|

views

Hafizh yang kini menjalani kuarantin di MSN Kampung Pandan pada sidang media secara maya.

KEPUTUSAN melepaskan basikal kesayangan pada harga RM42,000 bukanlah disebabkan sedang berdepan masalah kewangan tetapi membantu perbelanjaan di luar negara.

Bagi pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah keputusannya itu disebabkan basikalnya itu jarang digunakan.

“Saya jual basikal bukan sebab tidak ada ada duit, cuma mahu menampung perbelanjaan lain. Lagi pun basikal terbabit kurang digunakan.

“Saya juga ada beberapa jenis basikal lain dan jika menjualnya, ia boleh menampung perbelanjaan tiket penerbangan dan penginapan ketika menyertai kejohanan nanti,” katanya.

Pada masa sama, Hafizh memaklumkan beberapa pembeli sudah merisik untuk mendapatkan basikal terbabit namun ketika ini masih belum ada kata putus mengenai ‘pemilik’ baharu basikal terbabit.

“Adalah dua atau tiga orang tanya perincian mengenai basikal itu. Tetapi tiadalah yang tanya untuk beli terus kerana mereka hanya mahu dapatkan maklumat lanjut terlebih dahulu.

“Saya pun terlupa letakkan perincian basikal itu. Jadi belum pastilah sebab mahu jual basikal ini pun, ambil masa lama sikit,” katanya.

Berkaitan ⇢