Perjuangan JDT dalam kempen ACL 2021 berakhir

|

views

PERJUANGAN wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL) 2021 berakhir susulan kemenangan Nagoya Crampus ke atas Ratchaburi FC, 3-0 pada aksi  di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam tadi.

JDT yang sebelum itu turun beraksi lebih awal gagal meraih mata apabila tewas 0-2 kepada Pohang Steelers pada aksi keempat dalam Kumpulan G yang turut disertai Nagoya Crampus dan Ratchaburi FC.

Walaupun masih berbaki dua perlawanan menentang Ratchaburi FC dan Nagoya Crampus  pada kempen ACL 2021 yang diadakan secara karnival ini peluang anak didik Benjamin Mora sudah pun tertutup dengan hanya meraih tiga mata hasil empat perlawanan.

Selepas berakhirnya empat perlawanan, Nagoya Crampus memimpin Kumpulan G dengan rekod tanpa kalah manakala Pahang Steelers ditangga kedua mengumpul sembilan mata hasil tiga kemenangan dan satu kekalahan.

Bagi JDT pula mereka hanya meraih satu kemenangan ke atas Ratchaburi FC (1-0) sebelum tewas 0-1 (Nagoya Crampus) dan Pohang Steelers (2-0 / 2-0) untuk menghuni tangga ketiga dan Ratchaburi FC ditangga terakhir tanpa sebarang mata.

JDT akan melengkapkan aksi peringkat kumpulan dengan menentang Nagoya Crampus ( 4 Julai) dan perlawanan terakhir menentang Ratchaburi FC, 7 Julai nanti.

Kedudukan semasa pasukan selepas empat perlawanan.

 

Berkaitan ⇢