Kerajaan umum parlimen bersidang, Zahid catur pergerakan

|

views

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat tergesa-gesa melakukan percaturan politik setelah kerajaan hari ini mengumumkan parlimen akan bersidang pada 26 Julai.

Tempoh dua minggu kata dua diberikan Presiden UMNO untuk menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) Zahid pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin berakhir semalam.

Petang ini Ahmad Zahid dilaporkan bertemu dengan beberapa pemimpin UMNO, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, di tengah Kuala Lumpur.

Menurut laporan Utusan Malaysia pertemuan presiden Umno dengan anggota majlis tertinggi parti itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut mengenai pertemuan tersebut didedahkan.

Melalui kata dua yang diberikan Umno, parti itu menuntut agar PN memulakan langkah membuka semula parlimen dalam tempoh yang dinyatakan.

Pejabat Perdana Menteri hari ini memaklumkan kerajaan bersetuju supaya Dewan Rakyat bersidang selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos diikuti Dewan Negara pada 3 hingga 5 Ogos.

Pun begitu tuntuan UMNO itu juga dilihat sebagai alasan untuk mewajarkan mereka mengarahkan ahli parlimen parti berkenaan melepaskan jawatan dalam kerajaan, sekali gus akan menyebabkan PN tersingkir dari kuasa.

Ada antara pemimpin UMNO yang menyatakan persidangan itu terlalu singkat kerana terlalu banyak yang harus dibincangkan termasuk undang-undang darurat dan bukan hanya diletakkan di atas meja ahli dewan sahaja.

Ahmad Zahid juga dilaporkan memperoleh ikrar bertulis daripada sebahagian besar anggota MT UMNO untuk menyokong keputusan yang akan dibuat parti.

Menurut laporan Utusan Malaysia, selain pertemuan petang ini Ahmad Zahid juga akan mengadakan perjumpaan dengan ahli parlimen UMNO pada malam ini.

Difahamkan jika Zahid masih mahu meneruskan tindakannya itu laporan polis akan dibuat dan beliau akan didesak meletakkan jawatan kerana gagal mematuhi perkara yang telah dipersetujui ketika perhimpunan agung tersebut.

Selain terus menyokong PN hingga parlimen bubar, perhimpunan agung yang lalu juga menetapkan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berkaitan ⇢