Chiellini, Bonucci bagai ‘isi dengan kuku’ dianggap pertahanan terbaik dunia

|

views

BOS Itali Roberto Mancini yakin pemain pertahanan terbaik dunia adalah gandingan Giorgio Chiellini dan Leornardo Bonucci.

Kedua-dua pemain senior kelab Juventus ini merupakan watak utama dalam kemenangan 2-1 ke atas Belgium dalam aksi suku akhir Euro 2020 Ahad lalu.

Chiellini,36, dan Bonucci,34, ini sudah diibaratkan seperti ‘isi dengan kuku’ selepas bermain bersama untuk kelab dan negara selama 11 tahun.

“Mereka gandingan pertahanan yang terbaik dunia. Kami sudah lama mendengarnya.

“Kekuatan mereka adalah perkara yang kedua-dua pemain ini mahu tunjukkan,” ujar Mancini.

Sebelum ini Bonucci memberitahu, pemahaman gandingan ini sudah terbina selama 11 tahun ketika bersama kelab dan negara.

Chiellini dan Bonucci sudah 11 tahun berganding bersama.

“Kami sudah mengenali antara satu sama lain di dalam dan luar padang.

“Anda tidak perlu fikir perkara lain lagi seperti bermain dengan orang lain.

“Kami boleh kongsi tugas dan ia menjadikan kami ‘ketua’ di padang,” jelasnya.

Itali bakal berdepan dengan Sepanyol pada aksi separuh akhir awal pagi Rabu ini.

 

Berkaitan ⇢