Copa America 2021 : Martinez selamatkan 3 penalti, Argentina ke final

|

views

ARGENTINA kembali ke final selepas berjaya mengatasi Colombia menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 (1-1 masa sebenar) di Estádio Nacional Mané Garrincha, Brasilia awal pagi tadi.

Setelah aksi 90 minit tidak dapat memisahkan kedua-dua pasukan, perlawanan diteruskan ke babak penalti. Mengikut peraturan yang menyatakan hanya final Copa akan mempunyai masa tambahan sekiranya diperlukan.

Lautaro Martinez terdahulu meletakkan Argentina di depan seawal minit ketujuh sebelum serangan berterusan Colombia menuaikan hasil gol penyamaan Luis Diaz minit ke-60.

Emiliano Martinez, muncul wira Tango dengan tiga penyelamatan penalti bagi membantu Argentina mara ke perlawanan akhir bertemu tuan rumah, Brazil pada Ahad ini.

Manakala, Colombia berjumpa Peru sekali lagi seperti di peringkat kumpulan untuk penentuan tempat ke-3.

Berkaitan ⇢