Tentera Afganistan ‘bingung’ ditinggal tentera AS

|

views

Tentera Afghanistan ‘bergelut’ untuk menguruskan Pangkalan Udara Bagram selepas tentera Amerika Syarikat (AS) berundur dari negara itu pada minggu lepas.

Sebelum ini, kompleks ketenteraan yang luas itu menempatkan puluhan ribu tentera AS dan sekutu serta menjadi satu lokasi paling penting untuk mengadili perang dua dekad di Afghanistan.

Pengunduran itu telah meninggalkan ribuan tahanan Taliban dan Afganistan bimbang ekoran berdepan serangan musuh.

Panglima baru pangkalan Bagram, Jenderal Mirassadullah Kohistani, berkata pasukannya tidak sekuat pasukan tentera AS.

“Anda tahu, jika kita membandingkan diri kita dengan tentera Amerika, itu adalah perbezaan yang besar, tetapi berdasarkan keupayaan kita, kami akan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada semua orang.

“Kami tidak tahu tempoh masa tentera AS keluar dari sini. Mereka tidak memberitahu kami apabila mereka keluar secara senyap-senyap,” katanya.

Terletak hanya 50 kilometer dari Kabul, pangkalan itu adalah kunci keselamatan ibu negara Afghanistan, juga menyediakan perlindungan strategik terhadap sebahagian besar utara negara itu di mana Taliban memusatkan serangan mereka baru-baru ini.

Pangkalan itu dibina pertama kali oleh AS untuk tentera Afghanistan ketika era Perang Dingin pada 1950-an.

Kohistani menegaskan, pasukannya mampu menjaga pangkalan daripada ancaman Taliban, dan menyatakan memiliki tentera yang cukup iaitu kira-kira 3,000 anggota, lebih sedikit dari jumlah pasukan AS dan sekutunya.

Ketika pangkalan dikuasai tentera AS, ia dilengkapi kolam renang, panggung wayang, spa dan gerai makanan segera Burger King dan Pizza Hut, namun berbeza di bawah Kohistani, semuanya ditutup.

Sementara itu, Kohistani berkata beliau menerima laporan bahawa Taliban sedang melakukan pergerakan di kawasan luar bandar di sekitar kawasan itu.

Jika atau bila Taliban akan melakukan serangan untuk mengambil Bagram, pastinya antara yang menjadi sasaran mereka ialah penjara besar yang memenjarakan sehingga 5,000 tahanan Taliban.

Seorang tentera, Rafuillah berkata, musuh bertekad dan pasti akan cuba menyerang di sini, tetapi mereka tidak akan memberi peluang.

“Kami di sini bukan untuk tidur, semuanya sedang bersedia dan semangat kami tinggi.

“Kami tidak akan menyerah tetapi kami memerlukan senjata dan sokongan kuat dari pemimpin kami,” katanya.

Berkaitan ⇢