Jaringan kelas dunia Di Maria bantu Argentina muncul juara

|

views

 

Image
Inilah dia gol berkelas dunia Di Maria yang mengecewakan Brazil.

ARGENTINA menamatkan kemarau kejuaraan Copa America selepas menundukkan Brazil 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, sebentar tadi.

Jaringan berkelas dunia oleh bekas pemain Manchester United, Angel Di Maria pada minit ke-22 cukup membantu Albiceleste menamatkan kemarau trofi kejohanan itu sejak kali terakhir memenanginya pada tahun 1993.

Ini juga merupakan pingat kejohanan utama peringkat kebangsaan buat Lionel Messi sejak mencubanya berkali-kali sebagai pemain bola sepak profesional.

Walaupun Messi tidak berada di tahap terbaik pada perlawanan ini, dia berjaya mengakhiri kemarau tanpa gelaran antarabangsa.

Mungkin kedengaran agak klasik, tetapi Lionel Scaloni dan anak buahnya akan bergembira dengan pencapaian menamatkan penantian Argentina selama 28 tahun untuk trofi Copa America.

Kedua-dua pasukan kembali beraksi pada bulan September depan untuk kempen kelayakan Piala Dunia mereka. Juara Copa America yang baru dinobatkan, Argentina akan menentang Venezuela, sementara Brazil dalam perjalanan ke Chile.

Image
Messi dijulang selepas bantu Argentina rebut kejuaraan Copa America 2021.

Untuk rekod, Albiceleste kini telah merebut gelaran Copa América ke-15 mereka, setanding dengan Uruguay yang memegang rekod paling lama!

Tatkala Messi duduk berlutut dan rakan sepasukannya menikmati keindahan selepas aksi final yang mengasyikkan,  di seberang padang pula, Neymar yang penuh air mata dihiburkan oleh rakan sepasukannya.

Neymar, diketepikan pada tahun 2019 dengan isu kecederaan dan bukan sebahagian daripada pasukan pemenang Brazil, Copa America.

Dia mengikuti jejak langkah seperti bintang Brazil yang lain Pele, Zico dan Garrincha – tidak mempunyai gelaran Copa untuk dimasukkan dalam resume.

Jumpa lagi edisi Copa America yang akan datang |

VAMOS VAMOS ARGENTINA

 

Berkaitan ⇢