[Video] Malapetaka besar, virus Covid-19 tular ke dalam komuniti – Najib

|

views

Kerajaan kata kes baharu tinggi ketika ini adalah sebab saringan besar-besaran akhirnya dibuat di kawasan PKPD di Selangor dan daerah-daerah lain.

Ini adalah kadar positif (jumlah kes positif bebanding saringan) dalam tempoh 7 hari lepas.
5/7 : 66,063 saringan, 6,387 positif (9.67%)
6/7 : 81,629 saringan, 7,654 positif (9.38%)
7/7 : 86,464 saringan, 7,097 positif (8.21%)
8/7 : 94,593 saringan, 8,868 positif (9.38%)
9/7 : 97,442 saringan, 9,180 positif (9.42%)
10/7 : 105,937 saringan, 9,353 positif (8.83%)
11/7 : 97,498 saringan, 9,105 positif (9.34%)

Setiap 10 orang disaring, seorang didapati positif.

Ini adalah kadar yang tinggi dan jauh lebih tinggi dari nilai ambang 5% diberi WHO.

Ini juga bukti bahawa virus sudah menular sangat dalam ke komuniti.

Jika kita ingat balik ke PKP 2.0, kebanyakan kluster baharu adalah dari kilang dan tapak pembinaan.

Tetapi masuk bulan April, kluster-kluster pendidikan mula muncul dan menjadi majoriti kluster baharu setiap hari.

Melihat bahaya ini, hampir tiap-tiap hari saya memberi amaran masa itu:
17 April : 8 kluster baru (3 kluster pendidikan)
18 April : 5 kluster baru (1 kluster pendidikan)
19 April : 14 kluster baru (6 kluster pendidikan)
20 April : 7 kluster baru (2 kluster pendidikan)
21 April : 11 kluster baru (4 kluster pendidikan)
22 April : 14 kluster baru (3 kluster pendidikan)
23 April : 8 kluster baru (5 kluster pendidikan)

https://web.facebook.com/najibrazak/posts/17-april-8-kluster-baru-3-kluster-pendidikan18-april-5-kluster-baru-1-kluster-pe/10157844900555952/

Tetapi menteri-menteri PN pulak suruh ibubapa jangan bimbang. Sekolah akan terus dibuka sebab Kementerian Pendidikan ada cara untuk tangani kluster pendidikan.

Masa itu, saya tak tahan lagi. Hilang sabar. Saya tanya bagaimana nak bendung kluster pendidikan sekiranya murid-murid yang terjangkit tidak tahu pun mereka positif?

“29 April: Abaikan menteri ‘tak guna’, nilai semula risiko Covid-19 di sekolah, kata Najib”
Bekas perdana menteri Najib Razak menggesa kerajaan mengabaikan kenyataan dua menteri Kabinet yang disifatkan ‘tak guna’, sebaliknya menilai semula risiko Covid bagi sektor pendidikan untuk mengelak ‘malapetaka besar.’
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/29/abaikan-menteri-tak-guna-nilai-semula-risiko-covid-19-di-sekolah-kata-najib/

“30 April: Kluster Pendidikan: Najib gesa segera tutup sekolah”
https://www.malakattribunenews.com/2021/04/kluster-pendidikan-najib-gesa-segera-tutup-sekolah/

Tetapi telah terlambat sebab virus telah merebak sangat dalam ke masyarakat. Malapetaka besar yang saya beri amaran pada masa itu sudah menjadi realiti.

Di kebanyakan negara-negara lain yang buat lockdown, sekolah secara bersemuka adalah antara sektor paling terakhir untuk dibuka.

Tetapi tidak di Malaysia.

Sektor persekolahan adalah antara sektor paling awal dibuka di sini.

Sebab apa?

Sebab Covid amat mudah menular dalam kalangan murid-murid dan ianya amat sukar untuk dikesan.

Murid-murid biasanya tidak akan menunjuk sebarang gejala walaupun positif Covid. Demam pun tidak ada.

Akhirnya, murid sekolah dengan tidak sengaja dan tidak dapat dikesan membawa virus balik untuk menjangkit orang tua di rumah lalu disebar ke bazar, ke tempat kerja, ke kedai dan ke mana-mana secara senyap dan meluas.

11 Jan: Darurat dilaksana, PKP 2.0 diumum: 2,232 kes baharu

19 Feb: Kerajaan umum sekolah dibuka semula: 2,936 kes baharu.

Sehingga hari ini tiada siapa dari kerajaan atau JKOM boleh menjawab kenapa sekolah diumum buka pada ketika kes baharu lebih tinggi berbanding masa Darurat dan PKP 2.0 diumum.

Apa sebenarnya dalam otak pengerusi MKN dan Menteri pendidikan apabila mereka membuat keputusan itu?

Siapa boleh jawab?

Namun, saya juga hendak puji kerajaan PN sebab akhirnya mereka menggunakan pendekatan saringan besar-besaran dalam komuniti.

Perkara ini sudah saya saran banyak kali sejak pandemik bermula sebab bagi saya, kos memberi saringan percuma untuk menghentikan penularan virus pada peringkat awal adalah jauh lebih murah berbanding kerosakan akibat lockdown yang dianggar membawa kerugian RM2.4 bilion sehari.

Sangat berbaloi berbanding kerosakan yang dibawa jika tidak dibuat.

“24 Mac 2020: Ikut Korea Selatan, buat saringan besar-besaran – Najib”
“Kerana saya percaya kos untuk memberi saringan percuma kepada sesiapa yang mahu diuji memberi pulangan jauh lebih besar berbanding langkah-langkah lain yang diambil oleh kerajaan.”
https://www.malaysiakini.com/news/516461

“9 Mei 2021: Naik cukai durian runtuh, guna untuk saringan besar-besaran, kata Najib”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/09/naik-cukai-durian-runtuh-guna-untuk-saringan-besar-besaran-kata-najib/

(Saya perhatikan biasanya kerajaan PN akhirnya akan ikut apa yang saya cadang tapi kena tunggu berbulan-bulan kemudian. Saya tidak faham kenapa. Awal buat atau akhirnya buat, perlu buat juga. Tapi jika dibuat awal, banyak kerosakan pada Malaysia dan Rakyat boleh dielakkan)

Berkaitan ⇢