Keupayaan merakam mengagumkan

|

views

MEMANG diakui, ada ribuan jenis telefon pintar di pasaran dengan penawaran pelbagai spesifikasi, kegunaan, kelebihan dan sebagainya.

Berbanding dengan semua faktor, pengguna hari ini lebih cenderung memilih peranti pintar yang mengutamakan kualiti gambar memandangkan gaya hidup yang dekat dengan media sosial.

Untuk itu, Huawei Nova 8i adalah jawapannya, malah peranti ini bukan saja menawarkan keupayaan kamera untuk pelbagai keadaan, tetapi pelbagai ciri baharu yang diperlukan pengguna hari ini.

Penulis amat berpuas hati dengan prestasi kameranya termasuk rakaman video yang persis menggunakan alat pengimbang, malah imej yang terhasil pada persekitaran kurang pencahayaan juga amat mengagumkan.

Huawei bijak menggunakan padanan spesifikasinya apabila prestasi segenap aspek untuk peranti ini adalah baik dan ia diperlukan untuk semua lapisan pengguna.

Untuk tetapan kamera, Huawei Nove 8i menggunakan sensor lensa dua megapiksel (MP) makro, 2MP ‘depth’ dan 8MP sudut ultra lebar bersama-sama dengan lensa utama berkeupayaan merakam 64MP.

Apabila melihat spesifikasi berkenaan, peranti ini direka bukan saja untuk pengguna kasual sebaliknya sangat sesuai untuk penyedia kandungan yang mahu menghasilkan karya berkualiti.

Bagi rakaman gambar waktu malam, Huawei menyelesaikan perkara itu menerusi teknologi ‘Super Night Shot’ dan hasilnya amat mengagumkan.

HUAWEI Nova 8i tawar spesifikasi untuk segenap aspek penggunaan daripada rakaman imej atau video berkualiti sehingga kepada pengalaman permainan yang baik.
HUAWEI Nova 8i tawar spesifikasi untuk segenap aspek penggunaan daripada rakaman imej atau video berkualiti sehingga kepada pengalaman permainan yang baik.

Selain itu, padanan ‘Super Selfie AI Beauty’ juga memberi banyak kelebihan buat pengguna dan ia sangat sesuai buat pengguna yang sering memuat naik gambar mereka di media sosial.

Peranti ini juga sangat sesuai untuk permainan mudah allih memandangkan ia menggunakan pemproses Qualcomm SM6115 Snapdragon 662 bersama binaa 11nm.

Skrin paparan yang luas juga memberi kebebasan kepada pengguna sepanjang permainan, malah ketahanan bateri peranti ini juga wajar dikagumi terutama untuk peminat tegar permainan mudah alih.

Secara keseluruhannya, Huawei Nova 8i peranti yang baik daripada segenap aspek terutama keupayaan prestasi.

Selain daripada keupayaan kamera, Huawei Nova 8i menawarkan pelbagai kefungsian pintar dan ia sesuai untuk semua lapisan pengguna.

Harian Metro

Berkaitan ⇢