Messi setuju potong gaji 50 peratus, kontrak lima tahun di Barcelona

|

views

 

Messi terus bersama Barcelona sehingga 2026.

LIONEL Messi bersetuju gajinya dipotong 50 peratus dan menyambung kontrak baharunya bersama Barcelona.

Messi akan menerima separuh daripada gaji lamanya 250,000 paun (RM1.5 juta) seminggu bersama kontrak lima tahun yang menyaksikan dia akan berada di Nou Camp sehingga usianya 39 tahun.

Kontrak Messi sebelum ini yang bernilai 425 juta paun selama empat tahun telah berakhir pada 30 Jun lalu.

Presiden Barca Joan Laporta sebelum ini turut memujuk Messi untuk terus bersama kelab selepas pemain itu memberi bayangan untuk meninggalkan pasukan musim lalu.

Selepas bergelar pemain bebas, Messi turut menjadi perhatian Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester City, namun tiada perbincangan lanjut berlaku.

Messi kini sedang menikmati percutiannya bersama keluarga selepas membantu Argentina menjulang trofi juara Copa America minggu lalu.

Pemain  berusia 34 tahun ini bermula di akademi Barcelona sejak tahun 2000, merekodkan 778 permainan dengan 672 gol. –Dailymail

 

Berkaitan ⇢