Jemaah selesai tunai haji tahun ini

|

views

Jemaah haji mula meninggalkan Makkah petang semalam, iaitu hari kedua tasyrik selepas menyelesaikan ibadat haji tahun ini.

Jemaah yang selesai melontar jamrah, bertolak dari Mina ke Makkah bagi melaksanakan tawaf wida yang menandakan berakhirnya ibadat Haji.

Hampir 60,000 jemaah terpilih, terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing yang mendiami negara ini, memuji perkhidmatan tersebut dan juga usaha tulus yang dilakukan oleh pelbagai sektor keselamatan dan perkhidmatan yang menyumbang kepada kejayaan penganjuran musim haji.

Ketua Presiden Hal Ehwal Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah, sudah mengerahkan semua kemudahan dan pengaturan untuk menyediakan sistem perkhidmatan bertaraf dunia, untuk jemaah yang berangkat di Masjidilharam.

Pengarah Jabatan Pentadbiran Umum bagi Pengurusan Orang Ramai, Osama Al-Hujaili, berkata sebelum fasa pertama tawaf wida akan dimulakan dengan menerima jemaah haji di tiga tempat berkumpul Shobaika, Kudai dan Ajyad, di sekitar Masjidilharam.

Saudi Gazette melaporkan, jemaah haji melontar jamrah pada petang semalam dengan dengan protokol COVID-19 dengan masing-masing melontar tujuh kerikil, pertama di Jamrat Al-Sugra, kemudian di Jamrat Al-Wusta, dan akhirnya di Jamrat Al-Aqaba, iaitu meniru Nabi Ibrahim AS merejam syaitan di tiga tempat, dikatakan syaitan muncul berusaha menghalangnya daripada mematuhi perintah Allah untuk mengorbankan anaknya, Ismail AS.

Pergerakan jemaah ke Kompleks Jamarat adalah berdasarkan protokol pencegahan,

Setiap fasa melempar jamrah dilakukan dengan selamat, mengikuti arah perjalanan mengikut warna tertentu.

Ini dilakukan di bawah seliaan sektor keselamatan dan awam yang terbabit dalam operasi haji dengan dipantau ketat oleh petugas.

Selepas sampai di tempat penginapan dan perkhemahan Mina, jemaah mengemas barang-barang dan menaiki bas yang membawa mereka ke Makkah, untuk melakukan tawaf wida.

Ibadah haji berakhir secara rasmi pada hari ini iaitu hari ketiga Tasyrik, namun jemaah haji dibenarkan keluar sehari lebih awal.

Sebilangan besar jemaah haji akan meninggalkan Makkah pada Khamis.

Berkaitan ⇢